PROJEK DANA INFAQ BUKU @ GALERIILMU - LOKASI PENJARA

PROJEK DANA INFAQ BUKU @ GALERIILMU - LOKASI PENJARA
Assalamualaikum

PROJEK DANA INFAQ BUKU - LOKASI PENJARA

JOM TAMBAH SAHAM AKHIRAT ANDA!

BAGAIMANA CARANYA?

SERTAI KAMI DALAM PROJEK DANA INFAQ BUKU UNTUK WARGA PENJARA

RM10 mungkin dapat MERUBAH HIDUP seorang WARGA PENJARA

.

Alhamdulillah, Galeri Ilmu Media Group telah berhubung dengan pihak penjara Negeri Pahang dan mereka sangat memerlukan bahan bacaan sebegini. Projek ini bertujuan mengutip dana infaq buku untuk bahan bacaan buat 5,000 WARGA PENJARA DI NEGERI PAHANG (PENJARA BENTONG & PENJARA PENOR). Pendamik Covid 19 yang sedang berlaku ini, membuatkan mereka tidak dapat menjalankan aktiviti secara beramai-ramai sebaliknya banyak masa dihabiskan di sel masing-masing sedangkan pembangunan individu hebat sebagaimana yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW serta pengembangan ilmu menjadi penting dan perlu dimanfaatkan oleh semua individu demi tugas umat Baginda sebagai khalifah di muka bumi ini.

.

Tradisi ilmu yang disarankan juga mampu membina sahsiah diri manusia menjadi insan baik atau insan beradab kerana ia turut merangkumi aspek akhlak dan adab. Ilmu-ilmu ini juga tidak dinafikan mampu menyumbang kepada kelangsungan dan kesempurnaan hidup duniawi.

.

Dengan adanya bahan bacaan ini,  dapat mengisi kokosongan jiwa dan memotivasikan diri mereka berubah   menjadi insan yang lebih baik dan konsisten beramal dengan amalan-amalan yang terkandung dalam buku tersebut  berkat bimbingan dari pegawai penjara. Semoga hasil pembacaan dan amalan berterusan ini akan menjadikan para warga penjara  ini insan yang  bermotivasi dan  lebih berkeyakinan apabila keluar dari penjara tatkala  berhadapan dengan masyarakat suatu hari nanti.

.
.
 Bagaimana buku ini akan disalurkan? 

Buku AMALAN ORANG SOLEH dan AMALAN SELEPAS SOLAT akan diberikan kepada setiap warga penjara, manakala judul-judul buku yang lain akan diletakkan di perpustakaan penjara untuk bacaan bersama. Besar pahala buat para penderma yang terlibat di dalam projek ini secara dasarnya apabila ia dapat  melahirkan individu yang kenal diri dan kenal Tuhannya, yang baik sahsiahnya dan yang berjaya hidupnya



Justeru itu, kami ingin mengajak anda untuk sama-sama terlibat dengan PROJEK DANA INFAQ BUKU ini. 



 Tajuk-tajuk buku yang terlibat di dalam projek ini: 





JUMLAH DANA YANG DIPERLUKAN: RM 83,000.00 

             Sumbangan Syarikat Korporat dan individu dalam jumlah yang besar amat dialu-alukan.  Syarikat Korporat atau individu yang menyumbang RM 7,500.00 dan ke atas boleh mencetak/cap nama di dalam buku yang disumbangkan.

.

 KELEBIHAN BERINFAK 
Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda:

مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنيَا نَفَّسَ اللهُ عنهُ كربَةً مِنْ كُرَبِ يومِ القيَامَةِ ومنْ يسَّرَ عَلى مُعسِرٍ يسَّرَ اللهُ عليهِ فِي الدُنيَا والآخِرَةِ ومَنْ سَتَرَ مُسْلِماً سَتَرَهُ اللهُ فِي الدُّنيَا والآخِرَةِ واللهُ فِي عَوْنِ العَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عونِ أخيهِ

Maksudnya: “Sesiapa yang meringankan daripada seorang Mukmin satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah SWT akan meringankan daripadanya satu kesusahan daripada kesusahan di Hari Kiamat. Sesiapa yang memudahkan kepada orang yang kesempitan, Allah akan memudahkan kepadanya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup (aurat atau keaiban) seorang Muslim, Allah akan menutup (aurat atau keaiban) nya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama mana hamba itu menolong saudaranya". [Riwayat Muslim (2699)]


Diriwayatkan daripada Mu’az bin Jabal RA, beliau berkata: Wahai Rasulullah SAW, beritahu kepada saya suatu amalan yang akan memasukkan saya ke dalam syurga dan menjauhkan saya dari neraka. Baginda lalu bersabda:

لَقَدْ سَأَلْتَنِي عَنْ عَظِيمٍ ، وَإِنَّهُ لَيَسِيرٌ عَلَى مَنْ يَسَّرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ ، تَعْبُدُ اللَّهَ وَلاَ تُشْرِكْ بِهِ شَيْئًا ، وَتُقِيمُ الصَّلاَةَ ، وَتُؤْتِي الزَّكَاةَ ، وَتَصُومُ رَمَضَانَ ، وَتَحُجُّ البَيْتَ, ثُمَّ قَالَ : أَلاَ أَدُلُّكَ عَلَى أَبْوَابِ الخَيْرِ : الصَّوْمُ جُنَّةٌ ، وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ

Maksudnya: “Demi Allah! Sesungguhnya kamu telah bertanya padaku tentang sesuatu yang besar. Sesungguhnya ia memang mudah bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah kepadanya. Kamu menyembah Allah tanpa menyekutukan sesuatu dengan-Nya, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji di Baitullah. Kemudian Baginda bersabda lagi: Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan pintu-pintu kebaikan? Puasa itu perisai. Sedekah memadam dosa sepertimana air memadam api.” [Riwayat al-Tirmizi (2616), al-Nasa’ie dalam al-Sunan al-Kubra (11394) dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir (103)]

Al-Mubarakfuri berkata: Ungkapan “وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ”
(Sedekah memadam dosa sepertimana air memadam api) dengan maksud menghilangkannya dan menghapuskan kesannya. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 3/237)
.
.

INFAQ ANDA HARI INI MAMPU MERUBAH SEORANG INSAN UNTUK MENJADI LEBIH BAIK PADA MASA HADAPAN. INSYA-ALLAH.

 


 BAGAIMANA NAK MENYUMBANG? 

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank: Maybank

No Akaun: 564276201311

Atas nama: GALERI ILMU DISTRIBUTORS

PASTIKAN isi Transaction Reference/Details: DANA INFAQ BUKU

.

Untuk makluman anda, projek ini adalah sebahagian daripada projek yg diuruskan oleh GALERI ILMU MEDIA GROUP.

.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi: CIK SURIATI di talian 011-10299723

(Boleh maklumkan sumbangan melalui nombor ini).

.
.
.
Berikut adalah sasaran dan progress dana terkumpul. 
.

JUMLAH TERKUMPUL DAN BAKI DIPERLUKAN

Jumlah Keseluruhan adalah RM83,000

1. Amalan Orang soleh (2,500 buah x RM6 =RM15,000)
2. Amalan Selepas Solat (2,500 buah x RM10 = RM25,000)
3. Amalan Doa Rabbana (100 buah x RM10 =RM1,000)
4. Amalan Qiamullail (100 buah x RM13 =RM1,300)
5. Amalan Sedikit Pahala Berganda (100 buah X  RM15= RM1,500)
6. Keajaiban 40 Selawat Pilihan (100 buah X RM16 = RM1,600)
7. Allah Kan Ada (100 buah X RM20=RM2,000)
8. Indahnya Hidup Bertuhan (100 buah X RM20=RM2,000)
9. Berdamai Dengan Takdir (100 buah X RM20=RM2,000)
10. Allah Itu Dekat (100 buah X RM20=RM2,000)
11. Allah Sayang Kita (100 buah X RM20=RM2,000)
12. Cukuplah Allah Bagiku (100 buah X RM20=RM2,000)
13. Mukjizat Al-Quran (100 buah X RM35=RM3,500)
14. 7 Langkah Baiki Diri (100 buah X RM30 =RM3,000)
15. Fatasyabbahu: Teladanilah Mereka (100 buah  X Rm18=RM1,800)
16. 40 Kemuliaan & Kehebatan Rasulullah (100 buah  X RM20=RM2,000)
17. Tinta Tarbawi (100 buah X RM20=RM2,000)
18. Syurga Ganjaran Terindah (100 buah X RM22 =RM2,200)
19. Tahsin Ibadah (100 buah X RM25 =RM2,500)
20. Hidup Dalam Sunnah (100 buah  X RM15 =RM1,500)
21. Amalan Zikir Muttaqin (100 buah X RM13 =RM1,300)
22. Ilmu Tajwid Ringkas (100 buah X RM30 =RM3,000)
23. Praktikal Solat Sempurna (100 buah X RM28 =Rm2,800)


Kutipan Semasa

RM {nilai_semasa}

Sasaran Kutipan

RM {nilai_sasaran}

0%

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
SUMBANGAN INFAK KITAB (RM200)
SUMBANGAN INFAK KITAB (RM100)
SUMBANGAN INFAK KITAB (RM50)
SUMBANGAN INFAK KITAB (RM10)
SUMBANGAN INFAK KITAB (TERBUKA)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


PENGESAHAN